Ahad, 26 Jun 2011

NUR 'AIF QISTINA BALQIS... DEMAM


Kesiannya anak ibu.... demam selsema... meleleh air hidung ngan air mata... Selalu kalau kena tinggai ngan papa dia (outstation) musti demam... tapi semalam asyik menangis jer dari pukul 1 pagi sampai pukul 3 lebih. Aku dah naik pening ... tp itulah dugaan seorang ibu yer... sabaq ja lah.... lepas bagi ubat, lumur bam baru dia slow sikit, dan lepas tu baru dapat tidoq... nasib baik abang2 dia pakat tidoq habih,  tak sedar diri... kalau tak susah gak nak handle bila ramai2. Suami lak p Sabah... adoiiiii aiii... letih gak di buatnyer...

Pagi ni, baby(panggilan balqis kat rumah) dah boleh senyum... gelak2 masa hantaq anakku yang sulung tu pergi sekolah. Lega sikit rasanya... aku pun nak cover balik tidoq yang terganggu dah dua malam ni... hik3... tu pun kalu sempat ler...



Khamis, 23 Jun 2011

COKLAT PERTAMA MENJADI... SYOKNYER...





Alhamdulillah.. syoknyer.. coklat percubaan pertama menjadi... I love choclate... anak2 pun suka... jiran2 pun cakap ok.... alhamdulillah... x kempunan ler sangat nak buat coklat... actually tadi aku ke kedai beli bekas untuk dadih, maklum ler dah habis stok... cuci mata kat dalam kedai tu... sekali tercuci ngan duit2 aku sekali... tapi tak pa, rasa berbaloi2 ... rupanya perasaan seronok buat coklat hingga cenggini... hilang sekejap kesunyian suami x dak kat rumah... tapi time dok makan coklat teringat lak kat dia... sepatutnya dia orang pertama yang rasa coklat ni... aku nak buat lama dah tapi nak try sendiri dulu kalau sedap baru bagi dekat dia rasa... tapi memang sedaaaap... hik3 puji diri sendiri lak... apa pun aku bersyukur sesangat... aku boleh capai impian kecilku nak buat cokelat sendiri... bentuk bunga kebangsaan lagi tuh... semangat betul... dah tu... percubaan pertama dah terjual dua lolipop tu... Alhamdulillah... boleh buat bisnes lak pasni... hik3... syoknyer buat coklat...

Hari ni buat acuan yg ke-2, bentuk love tp nak letak kaler sikit... coklat ngan strawberi .. ye...ye... jauh nun datangnya coklat ni dari Perak... tq kak lin... apa pun puas dah makan... alhamdulillah....

Rabu, 22 Jun 2011

KUIH KAYU KERAMAT


Akhirnya menjadi gak kuih kayu keramat ni... cicah ngan gulai kepala ikan...fuh... best nyer... anak2 cicah lak ngan susu.... Mai try buat ramai2..

BAHAN-BAHANNYA:

600 gm Tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh mauripan
7 sudu makan gula
1/2 cawan butter yang di cairkan
1 camca makan susu pekat (x tambah pun tak pa)
Air suam secukupnya (adunan jd cam buat donat)

CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Bancuh yis dengan air suam. Diketepikan seketika.
2. Bancuh gula ngan air suam jugak, sampai hancur.
3.Tepung gandum di gaul bersama butter yang dicairkan tadi samapai sebati kemudian masukkan soda bikarbonat.
4. Kemudian masukkan yis dan gula yang dibancuh tadi... sedikit demi sedikit... uli adunan dan biar kan 1 jam untuk mengembang.
5. Tumbuk2 doh sebentar...bentuk kan memanjang cam ranting kayu.. atau suka hati ler nak bentukkan macam mana berkenan... pastu goreng ler...

SELAMAT MENCUBA....


Ahad, 19 Jun 2011

AYAH... KENANGAN LUCU DITINGGAL SEORANG

Ada suatu ketika , aku dan mak (arwah) pi Kuala Lumpur melawat kakak iparku bersalin anak nya yang ke-2. Ayah tak dapat ikut, kerana ada urusan yang belum selesai di kampung.
Sebelum berangkat, ayah cakap " Hampa jangan dok risau kat ayah... Ayah besa (biasa) dok masak aih... hampa pi lah berapa hari pun"... time tu aku lak cuti sekolah... cadang nak dok seminggu... setelah dua hari di Kuala Lumpur.. ayah call dari kampung... sambil dok gelak dalam telefon... "Awat ayah?... gelak sakan" kata aku. "Dik, ayah buat gulai ayam hari ni... sedap... ha..ha..ha..." Hah... sudah, aku dah mula naik risau awat makan gulai ayam seronok sampai cenggitu.... kemudian ayah sambung. " Ayah cari pisau potong ayam tak jumpa... ayah lapah ngan tangan ayam tu.. pastu ayah basuh bersih2, selawat apa... ha..ha..ha... ". "Habih tu... " Aku tak sabaq dah nak tau cerita ni... " Pastu ayah pun masak gulai ayam, lemak sedap... pekat elok... masuk dua pinggan gak ayah makan hari ni... tiba ayah tengah dok ratah ayam tu... terpercik keluar tuuuuut..  (makanan ayam yang telah di hadam).. rupanya ayah termasak pedal ayam sekali ngan benda dalam dia...ha...ha... Pastu ngan aku-aku gelak, memecah kesunyian rumah abangku... lama pastu baru boleh cerita kat ahli keluarga yang lain.
Lepas habih bergelak ketawa ngan family yang lain... tetiba mak ajak balik awai sikit... kesian kat ayah katanya.... so kami pun balik kampung.. sambung lak gelak ngan ayah kat kampung... Aku lak memang suka gelak... tiap kali nampak ayam jer ingat peristiwa lucu... kenangan ayah ditinggal seorang... kesian lak gelak banyak tapi ayah aku pun macam aku suka gelak dan suka buat lawak.....
Kesimpulannya, bila kita meningkat usia... Allah tarik balik apa yang diberi sikit-demi sedikit, penglihatan, pendengaran, ingatan dan macam2 lagi. Di masa ni kita memerlukan orang lain untuk melengkapi hidup kita. Yang memiliki anak dan isteri yang sentiasa di sisi melalui penghujung hidup adalah satu rahmat dari Allah. Bagi yang terpaksa bersendiri, terpaksa menghadapi kekurangan diri berseorangan. Sedih bila di fikirkan. Semuanya kita hanya mampu berserah....

Sabtu, 18 Jun 2011

AYAH... SELAMAT HARI AYAH

Ayah,
Senyum mu buat aku gembira,
Tawa mu buat aku selesa,
Sihat mu buat aku rasa lega,
Kasih sayang mu buat aku bahagia...

Ayah,
Nasihat dan tunjuk ajar mu membentuk aku,
Marah dan hukuman mu mendisiplinkan aku,
Sedih dan tangis mu buat aku berubah,
Pengorbanan mu buat aku jadi kuat dan bersemangat...

Ayah,
Dalam aku mengenali kehidupan yang penuh duri...
Kau beri aku semangat tanpa henti...
Dalam aku melayari kehidupan bahagia ku...
Kau senyum dan ketawa bersamaku...
Dalam aku tersesat jalan...
Kau beri aku pedoman agar betul kembali jalan ku...
Kasih sayang mu buat aku terasa...
Aku masih kecil dan sentiasa memerlukan mu dalam tiap jejak ku...
Terima Kasih ayah...
Tiada yang dapat menandingi kasih mu ayah....
Ayah sentiasa di hati!...

Khamis, 16 Jun 2011

PETUA MEMULAKAN PERBUALAN


Nak mula bercakap dengan orang yang kita tak kenal, adalah satu perkara yang sukar dalam komunikasi. Tapi bagi sesetengah orang ia amat mudah bagi mereka dan sebaliknya pula bagi sesetengah yang lain. ini ada beberapa petua untuk memulakan perbualan:

1. Elak soalan bertubi-tubi
Jangan sesekali bertanya soalan tanpa bagi peluang orang lain untuk bertanya semula. banyak soalan akan buat orang lain tidak selesa bersama anda, dan berkemungkinan dia akan bangun dan meninggalkan anda.

2. Berjenaka
Ini tidak bermakna kita perlu jadi pak lawak, tetapi hanya cuba cerita kisah jenaka untuk memecahkan tembok perbualan. Berkongsi sesuatu yang lucu mampu membuatkan orang lain berasa terbuka untuk bercakap dengan kita... semua orang suka ketawa dan ketawa mampu membuatkan orang rasa selesa.

3. Biarkan orang lain rasa selesa
Biarkan orang lain berbual dan mencetuskan topik mengikut kesukaan mereka, biar mereka lebih selesa. Kekadang mendengar apa yang mereka katakan dan ambil berat apa yang mereka katakan akan buatkan mereka selesa.

4. Tanya soalan terbuka
Soalan terbuka memerlukan jawapan lebih dari 'ya' atau 'tidak' , ini akan membolehkan orang lain memberikan penjelasan dan mencipta perbualan. Kita akan mampu membawa orang lain menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan berbual anda.

Isnin, 13 Jun 2011

CETUSAN MINDA 1

Sifat marah ada dalam diri setiap manusia hidup... membenci, berdendam dan pelbagai perasaan negatif yang sering kali berlegar-legar dalam diri... tak siapa mampu membuang terus sikap yang negatif dari diri, namun bila kembali pada Allah, sifat seorang muslim yang mampu membendung perasaan negatif dalam diri, dan menukarkanya untuk kebaikan...

Setiap perasaan atau sikap kita adalah pemberian dari Allah yang Maha Kuasa... cuma kita harus mengawal dan menyeimbangkanya dalam kehidupan. Doa pada Allah adalah satu kurniaan Allah yang tak terjangkau denganpemikiran kita... sebanyak mana usaha andai Allah tidak redha atau mengabulkan doa kita... apa pun tak akan tercapai... tetapi dengan redha Allah pada kita, dan di makbulkan doa kita... tiada yang mampu mengubahnya...

Sabtu, 11 Jun 2011

ROTI TELUR


Oleh sebab hari ni aku tak sempat nak buat apa2 sbb dok pulun siap tempahan dadih terpaksa ler jamu anak2 dan suami ngan roti ekspress ni...

BAHAN-BAHANNYA:

Separuh plastik roti gardenia semalam
3 biji telur
1 ulas bawang kecik (ros) -kalu suka bawang banyak masukkan jer
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Pukul telur dalam mangkuk selama 10 saat.
2. Masukkan bawang yang telah dihiris nipis
3. Akhir sekali perasa kan dengan garam.
4. Panaskan minyak, sambil tu potong roti sesuka hati...
5. Masukkan roti kedalam telur sekeping dua... biar telur meresap dalam roti
6. Gorengkan sampai garing... dan sedia untuk di makan bersama sos cili

Selamat mencuba

SIAPKAN TEMPAHAN DADIH




Hari ni aku dok pulun siapkan order dadih segera... 1000 cup... wah penat giler buat kerja seorang diri ngan anak2 kecik dok minta itu ini... tp alhamdulillah... semua settle dengan sempurna... walaupun rasa cam tak cukup tangan nak buat semua tu... dan yang pasti anak2 bukan alasan untuk tidak boleh berjaya... kerana mereka jugalah semangat untuk meniaga wujud semula... terima kasih anak2 ku..

Khamis, 9 Jun 2011

APAM BERINTI


Hari ni... persatuan ibu2 kompleks tabung haji Bayan Lepas, berkelah kat padang sempena pertukaran Kak Ton ke Perlis... Seronok betul hari ni asyik gelak jer memanjang... tapi dalam hati kesedihan untuk berpisah dengan Kak Ton jelas terasa... cover dengan lawak2 agar tak meleleh air mata... semua pakat bawa juadah masing2 dan aku cam biasa pilih yang rasa senang nak buat... Apam berinti... actually kalernya kuning... tapi kalernyer dah habih... so guna hijau jer ler... inti hijau, kulit pun hijau... x pa janji rasa sama jer.... moh... cuba buat..

BAHAN-BAHANNYA:
Untuk Intinya:
2 biji telur
2 cawan santan
3/4 cawan gula pasir
1 cawan air
Sedikit garam
2 sudu besar tepung kastad
Pewarna hijau
Daun pandan disimpul

Untuk kulitnya:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1/2 sudu serbuk penaik
Sedikit garam
Pewarna hijau (kalu ada kaler kuning lg cantek)
Acuan karipap

CARA PENYEDIANNYA:
1. Buat intinya dahulu dengan masak gula dengan 1 cawan air hingga larut.
2. Masukkan telur, tepung kastad, garam dan santan dalam blender dan blend sampai sebati.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam air gula bersama daun pandan dan di kacau sehingga pekat.Kemudian angkat dan ketepikan dan di biarkan sejuk seketika.


4. Cara untuk buat kulitnya, masukkan semua bahan iaitu tepung gandum, serbuk penaik, air dan garam kedalam blender dan blend agar sebati. Tapis.


5. Ceduk sesenduk tepung yang ditapis dan buat dadar atas kuali (kalau kuali melekat letak minyak sedikit). Guna api sederhana.
6. Apabila dah kering bahagian atasnya, angkat (tak perlu dialih). Letakkan atas acuan karipap dan letakkan inti dan kepitkan acuan, dan buang rejanya.


7. Siap untuk dihidang dan di makan. (kulitnya terpaksa buat dua kali... x sempat simpan Iman dan kerjakan...). Resepi ni untuk orang yang suka kuih manis-manis... macam aku....




 

Rabu, 8 Jun 2011

APAM SEGERA


Alhamdulillah akhirnya... apam ku naik dan sampai melimpah ruah dari bekas nya seronok giler rasanya... ni dia resepinya... jom buat apam yang senang giler nih...

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
1 1/2 cawan gula (x suka manis kalu kurang gula ...ok)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1 camca besar serbuk penaik

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Pukul telur dengan gula sampai kembang (pakai tangan jer)
2. Masukkan tepung sedikit-demi sedikit, pastu masukkan serbuk penaik tadi.
3. Gaul sampai sebati, agak2 dalam 10 minit kemudian masukkan air.
4. Masukkan kedalam acuan yang telah di kukus dahulu 10 minit.
5. Kukus ngan api sedang selama 30 minit.
6. Kalau mahu dia merekah cam bunga, pasang api kuat sikit. (Make sure air dalam periuk mencukupi)


SELAMAT MENCUBA....

Sabtu, 4 Jun 2011

PETUA KECANTIKAN

3.TANGGALKAN BINTIK HITAM / PUTIH

BAHAN YANG DI PERLUKAN:
1. Putih telur
2. Kertas tisu (yang dalam kotak tu..)
3. Muka yang ada bintik hitam.. kui3

CARA2 ADALAH:

Masukkan putih telur dalam piring yang leper, kemudian potong tisu kepada keping-keping berukuran 3cm x 3cm (lebih kurang ler..). Letakkan tisu di atas putih telur dan biar ia menyerap seketika.Tisu tak perlu di balik-balikkan. Angkat tisu perlahan2 kerana ia mudah terkoyak... dan lekat kan pada permukaan muka kita yang berbintik hitam / putih. Biar kan tisu sampai kering dan setelah betul-betul kering, tanggalkan perlahan2. Anda pasti akan berpuashati dengan hasilnya. Kemudian basuh ler muka hingga bersih... SELAMAT MENCUBA...