Khamis, 9 Jun 2011

APAM BERINTI


Hari ni... persatuan ibu2 kompleks tabung haji Bayan Lepas, berkelah kat padang sempena pertukaran Kak Ton ke Perlis... Seronok betul hari ni asyik gelak jer memanjang... tapi dalam hati kesedihan untuk berpisah dengan Kak Ton jelas terasa... cover dengan lawak2 agar tak meleleh air mata... semua pakat bawa juadah masing2 dan aku cam biasa pilih yang rasa senang nak buat... Apam berinti... actually kalernya kuning... tapi kalernyer dah habih... so guna hijau jer ler... inti hijau, kulit pun hijau... x pa janji rasa sama jer.... moh... cuba buat..

BAHAN-BAHANNYA:
Untuk Intinya:
2 biji telur
2 cawan santan
3/4 cawan gula pasir
1 cawan air
Sedikit garam
2 sudu besar tepung kastad
Pewarna hijau
Daun pandan disimpul

Untuk kulitnya:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1/2 sudu serbuk penaik
Sedikit garam
Pewarna hijau (kalu ada kaler kuning lg cantek)
Acuan karipap

CARA PENYEDIANNYA:
1. Buat intinya dahulu dengan masak gula dengan 1 cawan air hingga larut.
2. Masukkan telur, tepung kastad, garam dan santan dalam blender dan blend sampai sebati.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam air gula bersama daun pandan dan di kacau sehingga pekat.Kemudian angkat dan ketepikan dan di biarkan sejuk seketika.


4. Cara untuk buat kulitnya, masukkan semua bahan iaitu tepung gandum, serbuk penaik, air dan garam kedalam blender dan blend agar sebati. Tapis.


5. Ceduk sesenduk tepung yang ditapis dan buat dadar atas kuali (kalau kuali melekat letak minyak sedikit). Guna api sederhana.
6. Apabila dah kering bahagian atasnya, angkat (tak perlu dialih). Letakkan atas acuan karipap dan letakkan inti dan kepitkan acuan, dan buang rejanya.


7. Siap untuk dihidang dan di makan. (kulitnya terpaksa buat dua kali... x sempat simpan Iman dan kerjakan...). Resepi ni untuk orang yang suka kuih manis-manis... macam aku....




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan