Rabu, 8 Jun 2011

APAM SEGERA


Alhamdulillah akhirnya... apam ku naik dan sampai melimpah ruah dari bekas nya seronok giler rasanya... ni dia resepinya... jom buat apam yang senang giler nih...

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
1 1/2 cawan gula (x suka manis kalu kurang gula ...ok)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1 camca besar serbuk penaik

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Pukul telur dengan gula sampai kembang (pakai tangan jer)
2. Masukkan tepung sedikit-demi sedikit, pastu masukkan serbuk penaik tadi.
3. Gaul sampai sebati, agak2 dalam 10 minit kemudian masukkan air.
4. Masukkan kedalam acuan yang telah di kukus dahulu 10 minit.
5. Kukus ngan api sedang selama 30 minit.
6. Kalau mahu dia merekah cam bunga, pasang api kuat sikit. (Make sure air dalam periuk mencukupi)


SELAMAT MENCUBA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan