Isnin, 23 Mei 2011

JAHIT LANGSIR BIASA

1. PERALATAN UNTUK MENJAHIT

Mesin Jahit
Pembaris
Kapur Jahitan
Benang (Warna sedondon dengan fabrik pilihan)
Fabrik (Bidang kain bergantung kepada lebar tingkap)
Pita ukur
Pita langsir
Gunting Jahitan

2. ANGGARAN UKURAN FABRIK DAN TAPE LANGSIR

Contoh:
Ukuran lebar tingkap: 48 inci
Ukuran labuh tingkap: 65 inci
Bidang Kain : 45 inci

2(a) Bilangan keping fabrik yang di perlukan:
       = (Lebar tingkap x 2) / bidang kain
       =(48 x 2) / 45
       =2.133

* Jika jumlah < 2.5 inci, ambil 2 keping kain
   Jika jumlah > 2.5 inci, ambil 3 keping kain
   So yang ni 2 keping kain yang bidangnyer 45 inci.

2(b) Panjang fabrik yang di perlukan:
      =(Labuh langsir + lipatan) / 39 inci x bilangan keping kain
      =(65 + 6.5 inci) / 39 inci x 2 keping kain
      =1.833 x 2
      =3.67 meter
      ~ 4 meter

2 (c) Panjang pita langsir yang diperlukan:
     =(Bidang kain x bilangan keping kain) + 1 inci

Sabtu, 21 Mei 2011

DAGING MASAK KURMA (SIMPLE)


BAHAN-BAHAN

6 keping daging bahagian tenderloin
2 labu bawang besar (di belah 4)
3 biji kentang (di belah 4)
2 ulas bawang putih (di tumbuk)
6 biji bawang kecil (di tumbuk)
3 cm halia (di tumbuk)
2 batang serai
Daun kari (suka hati nak masukkan ke tidak)
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
500 ml santan
3 tangkai cili hidup (su suka yang merah)
1 peket kecil rempah kurma
Garam secukup rasa
Air

CARA MEMASAKNYA:

1. Tumis kayu manis dengan bunga lawang sehingga berbau harum
2. Kemudian masukkan bawang, daun kari dan halia yang telah ditumbuk. Tumis hingga kekuningan.
3. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis seketika.
4. Masukkan daging dan gaul rata. Biarkan daging empuk, barulah di masukkan santan.
5. Masukkan kentang, biar seketika barulah perasakan dengan garam.
6. Akhir sekali masukkan bawang dan cabai hidup, masak sehingga kuah agak pekat.

SERUNDING IRENG (NORITA)

Bahan2 nye :

1 kg daging batang pinang
santan pekat (dari 2 biji kelapa)
gula melaka
rempah tumis
1 mangkuk cili kering (blender)

Bahan kisar :

2 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu besar jintan manis (jintan kasar)
1 sudu besar jintan putih (jintan halus)
3 sudu besar ketumbar
6 batang serai
3 inci halia
lada hitam

Cara2 nye :

Rebus daging sampai empuk lepas tu siat halus..(tapi saya buat kasor.. ekeke). Tumis rempah tumis dan bawang. Masukkan cili kering dan semua bahan kisar serta santan. Masak sampai garing. Masukkan gula melaka. Lepas tu masukkan daging, perasakan dgn garam n gula putih.
Masak dengan api perlahan sampai betul2 kering. Pagi tadi start tumis kul 2 lebih sampai dekat kul 5 pagi... ekeke... selamat mencuba...

ROTI SOFT ROLL

BAHAN-BAHAN

260 gm tepung roti
3 gm garam
5 gm gula
3 gm improver (pelembut roti)
10 gm yis
30 gm mentega tanpa garam
170 ml susu segar

CARA MEMASAKNYA

1. Masukkan mentega ke dalam bekas bersama-sama dengan tepung, gula, garam, yis dan improver. Putar sehingga adunan sebati.
2. Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan putar lagi.
3. Bentukkan adunan bulat-bulat kecil.
4. Tutup dengan plastik semua adunan dan rehatkan sehingga membesar sekali ganda.
5. Buat silang pangkah pada permukaan doh dan bakar pada suhu 190 darjah celcius sehingga kekuningan.

KEK LAPIS BADASILA

BAHAN-BAHAN

300 gm tepung gandum
300 gm kurma (di hiris halus)
200 gm bijan(di goreng tanpa minyak)
200 gm gula kastor
150 gm susu pekat
100 gm serbuk horlicks
8 biji telur
500 gm mentega
1 sudu teh pewarna merah jambu
1 sudu teh pewarna kuning

CARA MEMASAKNYA:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Ketepikan.
2. Di dalam bekas lain pukul susu dan mentega hingga kembang.
3. Kemudian satukan adunan dan kacau rata.
4. Masukkan horlicks dan tepung. Kacau rata.
5. Bahagi 2 adunan. Satu bahagian masukkan kurma dan pewarna merah jambu. Gaul hingga sebati
6. Masukkan bijan dan pewarna kuning untuk adunan yang lagi satu. Gaul rata.
7. Lapiskan satu adunan dan kukus selama satu minit, kemudian lapiskan lagi sehingga habis.

Khamis, 19 Mei 2011

PETUA TANAK NASI DENGAN SEMPURNA

1. KES 1: BERAS MASIH MENTAH BIARPUN AIR HAMPIR KERING

   Masukkan air suam 1/4 cawan @ kurang dan masak dengan menggunakan api yang perlahan selama 5 minit.

2. KES 2: NASI MASIH BERAIR BIARPUN TELAH MASAK

  Jangan tutup periuk dan masak di atas api yang perlahan. Masak sehingga air menjadi kering.

3. KES 3: BAHAGIAN BAWAH NASI TELAH HANGUS

  Rendamkan periuk tadi ke dalam air dan biarkan sehingga sejuk. Cara ini dapat menyelamatkan daripada bahagian lain untuk turut hangus juga

4. KES 4: NASI YANG DI MASAK BERBAU HANGUS

   Mengikut petua orang dulu2, jika nasi yang di masak berbau hangus masukkan beberapa tangkai cili kering.

5. INGINKAN NASI YANG DI MASAK BERBAU HARUM

  Untuk menambah bau harum ketika memasak nasi, anda boleh masukkan sehelai daun pandan ke dalam periuk.

PETUA KECANTIKAN

1. MENGEMPISKAN PERUT

   Campurkan sedikit air kapur makan dengan bedak sejuk dan sedikit perahan limau nipis, gaul rata dan disapu di bahagian perut. Kemudian, ikat perut seperti seorang wanita yang baru bersalin (bengkung). Sekiranya tidak mahu membuat bengkung, lumurkan atau sapu pada perut sahaja. Amalkan petua ini pada setiap malam.

2. MENGURANGKAN KADAR KOLESTEROL

   Perah sedikit lemon lalu dicampurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya 2 atau 3 hari sekali @ setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi.

Rabu, 18 Mei 2011

PETUA DI DAPUR

1. HILANGKAN HAMIS DAGING

    Cuci daging dengan bersih. Masukkan air ke dalam kuali kemudian masukkan daging dan akhir sekali masukkan air kelapa muda dan rebus hingga empuk

2. MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT
   
    Masukkan siput sedut yang telah dibilas dengan air kedalam sebuah bekas. Masukkan hampas kelapa dan gaulkan sehingga rata dan meliputi semua siput. Biar semalaman. Setelah di basuh bersih, potong hujung cengkerang sebelum dimasak

3. HILANGKAN HANYIR IKAN

   Setelah ikan di siang dan di bersihkan insang dan perutnya, masukkan ikan kedalam air yang bersih. Masukkan asam jawa dan perahkan asam limau dan gaul rata dan di biarkan seketika. Selepas itu barulah di bilas dengan air semula.

4. SEGARKAN UDANG

    Setelah udang dibuang ekor dan kepalanya, bersihkan dengan air dan di masukkan kedalam bekas yang boleh berpenutup dan gaulkan dengan gula agar melitupi keseluruhan udang. tutup bekas dan diletakkan kedalam peti ais.

5. TAUGEH TAHAN LAMA

    Masukkan taugeh kedalam bekas berisi air. Perahkan limau nipis ke dalam bekas tadi dan di simpan di dalam peti sejuk.

6. PETUA MENGUPAS LABU

   Caranya dengan merendam labu yang hendak di kupas kedalam air panas selama 10 minit , kemudian angkat. Anda akan lebih mudah untuk mengupas kulitnya.

Sabtu, 14 Mei 2011

CARA MEMBUAT PESANAN

Penghantaran adalah 5 hari bekerja dari tarikh penyerahan untuk semenanjung.Dan 15 hari bekerja untuk Sabah/ Sarawak.

Untuk tempahan:
1. Telefon saya untuk memesan produk
2. Saya akan SMS anda harga produk termasuk pos
3. Bank in Akaun Noor Suryati Bt Mohd Razuki
    a)  MAYBANK a/c no:152068927040

3. SMS maklumat bank in
4. Insyaallah, pesanan akan dihantar dan tracking no untuk penghantaran akan dihantar untuk  maklumat pihak pemesan.
5. Untuk sebarang pertanyaan boleh di ajukan ke :-
     a) e-mail :noor_suryati@yahoo.com
     b) h/p no /wassap: 0143471640
    

Isnin, 9 Mei 2011

KRIM SUSU KAMBING


KRIM SUSU KAMBING menggantikan minyak panas yang sering kita gunakan seharian bagi mengurangkan penyakit-penyakit luaran seperti: Batuk, bengkak2, badan, kebas-kebas, terkena sengatan binatang berbisa, melecur,terseliuh kembung perut, kanak-kanak sering kencing malam, memecahkan lemak berlebihan, merawat tumit pecah dan amat sesuai untuk ibu-ibu bersalin serta ahli-ahli sukan dan lain-lain.
Cara menggunakannya:
Gosok di bahagian yang sakit sehingga hilang putih krim
(Untuk kegunaan luar sahaja)
RM 12