Jumaat, 10 Februari 2012

MAK SAKIT

Hari cukup seminggu mak sakit teruk... x boleh bercakap dan berjalan semua memerlukan sokongan orang lain... Aku x mampu berada di sisinya disaat mak memerlukan aku... maaf kan anak mak... hanya mampu bertanya khabar melalui telefon dan berdoa kesembuhan mak dari jauh... Harap mak faham keadaan anakmu ini... seperti jugak mak... kita berusaha untuk tidak menyusahkan hidup orang lain..

Namun setiap kejadian yang berlaku membawa seribu erti dalam hidup... buat aku menginsafi diri bahawa rahmat kesihatan yang Allah beri buat kita hanyalah bersifat sementara... Kasih sayang dan perhatian manusia ada hadnya... dan masalah setiap seseorang lain dari seseorang yang lain, nungkin masalah yang kita hadapi menjadi masalah kecil bagi orang lain, tapi buat kita besar bebanannya... begitu juga sebaliknya... Hikmahnya kita x boleh mengadili sesiapa dalam apa jua keadaan kerana Allah sahaja yang mengetahui kemampuan seseorang untuk menghadapi masalah yang di hadapi... Semoga Allah memudahkan jalan hidup ku dunia dan akhirat...

Mak... mungkin kita tak serapat ibu dan anak yang lain... namun kasih dan sayang anak mu sekuat dan sentiasa untuk mak... sayang mak selalu....