Khamis, 16 Jun 2011

PETUA MEMULAKAN PERBUALAN


Nak mula bercakap dengan orang yang kita tak kenal, adalah satu perkara yang sukar dalam komunikasi. Tapi bagi sesetengah orang ia amat mudah bagi mereka dan sebaliknya pula bagi sesetengah yang lain. ini ada beberapa petua untuk memulakan perbualan:

1. Elak soalan bertubi-tubi
Jangan sesekali bertanya soalan tanpa bagi peluang orang lain untuk bertanya semula. banyak soalan akan buat orang lain tidak selesa bersama anda, dan berkemungkinan dia akan bangun dan meninggalkan anda.

2. Berjenaka
Ini tidak bermakna kita perlu jadi pak lawak, tetapi hanya cuba cerita kisah jenaka untuk memecahkan tembok perbualan. Berkongsi sesuatu yang lucu mampu membuatkan orang lain berasa terbuka untuk bercakap dengan kita... semua orang suka ketawa dan ketawa mampu membuatkan orang rasa selesa.

3. Biarkan orang lain rasa selesa
Biarkan orang lain berbual dan mencetuskan topik mengikut kesukaan mereka, biar mereka lebih selesa. Kekadang mendengar apa yang mereka katakan dan ambil berat apa yang mereka katakan akan buatkan mereka selesa.

4. Tanya soalan terbuka
Soalan terbuka memerlukan jawapan lebih dari 'ya' atau 'tidak' , ini akan membolehkan orang lain memberikan penjelasan dan mencipta perbualan. Kita akan mampu membawa orang lain menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan berbual anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan