Rabu, 6 Julai 2011

KUIH CEK MEK MOLEK KENTANG- RESEPI DARI SAJI

(Anggaran 14 biji ) Bahan-bahan:
100 gm kentang
100 gm tepung gandum
Sedikit garam dan gula pasir
Minyak masak

Cara Menyediakan:
1. Rebus kentang hingga empuk dan lecek semasa panas.
2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh (tambahkan sedikit air garam).
3. Ambil sedikit doh dan bentuk menjadi bujur leper. Masukkan sedikit gula pasir di tengahnya dan gentel panjang membujur.
4. Ulang langkah sehingga semua adunan habis. Goreng hingga kekuningan, tus dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan